Assalamualaikum...
Semester baru telah pun bermula pada pertengahan bulan februari dan semester ini kami perlu add subjek MSG 3023 Studio Grafik Komputer bagi Group A dengan En Ridzuan Hussin. Dalam subjek ini kami akan belajar perisisan-perisian seperti adobe photoshop, illustration, InDesign, Flash, tetapi hanya sesetengah perisian sahaja yang akan kami guna iaitu asas-asas bagi studio grafik.
Studio Grafik koputer ialah satu subjek di mana asas-asas bitmap, vektor, packaging, warna- warna asas seperti CYMK dan RGB. Gabunga daripada gmabar dan juma sedikit text untuk menyampaikan pesanan atau "message" dalam sesuatu perkara kepada pengguna seperti banting, poster dan sebagainya. Logo dan branding, laman web, penerbitan (majalah, risalah, surat khabar, dan buku), iklan tv, dan produk pembungkusan adalah antara pengaplikasian reka bentuk grafik.
Proses dalam mereka bentuk sebenarnya tidak mudah seperti yang kita jangka di mana banyak proses-proses yang perlu kita lalui sebelum mencapai tahap yang kita inginkan untuk dipertontonkan kepada pengguna. Tidak ada istilah jalan singkat untuk kita mencapai sesuatu yang menarik dalam merekabentuk sesuatu reka bentuk.
Grafik adalah satu proses yang berterusan. Ianya melibatkan dan berkaitan terus dengan pengguna dan pereka bentuk (designer). Grafik kerap kali merujuk kepada suatu proses mereka bentuk dimana produk yang di hasilkan menjadi penyampai kepada mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna.Seperti yang kita tahu, format grafik yang kerap kita gunakan antaranya ialah TIFF, EPSF, JPEG, PSD, PDF, EPS dan banyak lagi.
Daripada pepatah Resnick (2003) beliau berpendapat dalam setiap tugasan atau produk yang hendak dihasilkan, proses mereka bentuk perlu melalui lima peringkat yang utama:
i)
Define the
problem and establish the objectives
ii)
Do the
research
iii)
Develop the
ideas by brainstorming
iv)
Analyze ideas
in terms of the project objectives
v)
Implement the
final
“Color is a powerful nonverbal communication tool and can play an important role in the success of commercial projects. Colors can have strong negative or positive emotional impact” – Jen + Ken Visocky O’Grady
Tugasan pertama yang kami dapat ialah "SELF POTRAIT" dimana kami perlu mengambil gambar dan mempromosikan universiti kami iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di sini dapat kita simpulkan bagaimana untuk mempromosikan universiti dan kita sebagai "duta"nya untuk mempersembahkan UPSI kepada orang luar.
---> seronok walaupun idea agak kurang tapi idea untuk mempromosikan UPSI berbagai-bagai...agak ekstrim tapi tak dapat buat pilihan dengan tepat...pilihan yang terakhir dapat buat yang "Simple and Nice" ^_^

No comments:
Post a Comment