"Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada
Allah" – Ali imran : ayat 159
Assalamualaikum...
Semester baru telah pun bermula pada pertengahan bulan februari dan semester
ini kami perlu add subjek MSG 3023 Studio Grafik Komputer bagi Group A dengan En
Ridzuan Hussin. Dalam subjek ini kami akan belajar perisisan-perisian seperti
adobe photoshop, illustration, InDesign, Flash, tetapi hanya sesetengah
perisian sahaja yang akan kami guna iaitu asas-asas bagi studio grafik.
Studio Grafik koputer ialah satu subjek di mana asas-asas bitmap, vektor,
packaging, warna- warna asas seperti CYMK dan RGB. Gabunga daripada gmabar dan
juma sedikit text untuk menyampaikan pesanan atau "message" dalam
sesuatu perkara kepada pengguna seperti banting, poster dan sebagainya. Logo
dan
branding, laman web, penerbitan (majalah, risalah, surat
khabar, dan buku), iklan tv, dan produk pembungkusan adalah antara
pengaplikasian reka bentuk grafik.
Proses dalam mereka bentuk sebenarnya tidak mudah seperti yang kita jangka
di mana banyak proses-proses yang perlu kita lalui sebelum mencapai tahap yang
kita inginkan untuk dipertontonkan kepada pengguna. Tidak ada istilah jalan
singkat untuk kita mencapai sesuatu yang menarik dalam merekabentuk sesuatu
reka bentuk.
Grafik adalah satu proses yang berterusan. Ianya melibatkan dan berkaitan
terus dengan pengguna dan pereka bentuk (
designer).
Grafik kerap kali merujuk kepada suatu proses mereka bentuk dimana produk yang
di hasilkan menjadi penyampai kepada mesej yang hendak disampaikan kepada
pengguna.Seperti yang kita tahu, format grafik yang kerap kita gunakan
antaranya ialah TIFF, EPSF, JPEG, PSD, PDF, EPS dan banyak lagi.
Daripada pepatah
Resnick (2003)
beliau berpendapat dalam setiap tugasan atau produk yang hendak dihasilkan,
proses mereka bentuk perlu melalui lima peringkat yang utama:
i)
Define the
problem and establish the objectives
ii)
Do the
research
iii)
Develop the
ideas by brainstorming
iv)
Analyze ideas
in terms of the project objectives
v)
Implement the
final
Melihat kepada penggunaan warna, suatu ketika dahulu warna yang digunakan
agak terhad dan tidak begitu menyerlah dan tidak dititik beratkan. Warna yang
pelbagai, samada CYMK, RGB,
pantone color,
menjadi begitu penting pada hari ini dan tidak akan dilupakan. Makna dan
simboliknya warna yang digunapakai banyak member kesan kepada si pembaca atau
sipengguna.
“
Color is a powerful nonverbal
communication tool and can play an important role in the success of commercial
projects. Colors can have strong negative or positive emotional impact” –
Jen + Ken Visocky O’Grady
Tugasan pertama yang kami dapat ialah "SELF POTRAIT" dimana kami
perlu mengambil gambar dan mempromosikan universiti kami iaitu Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di sini dapat kita simpulkan bagaimana untuk
mempromosikan universiti dan kita sebagai "duta"nya untuk mempersembahkan
UPSI kepada orang luar.
---> seronok walaupun idea agak kurang tapi idea untuk mempromosikan UPSI
berbagai-bagai...agak ekstrim tapi tak dapat buat pilihan dengan tepat...pilihan yang terakhir dapat buat yang "Simple
and Nice" ^_^