Monday, 23 April 2012
Taipografi
“Orang yang terlalu memikirkan akibat
dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan
menjadi orang yang berani”
Assalamualaikum…
Taipografi
apakah itu? Taipografi boleh dilihat disekeliling kita seperti signature, tiket keretapi, bas, buku,
masakan, laman web, bungkusan, iklan dan sebagainya. Sehinggakan apa saja yang
kita guna dan lihat hamper semuanya terlibat dengan penggunaan taipografi.
Merujuk kepada
Squire (2006) – “Getting It Right with
Type” kita akan merasakan betapa banyaknya yang perlu dipelajari dan di
ketahui dalam memahami dan mendalami apa yang dimaksudkan dengan perkataan
taipografi dan penggunaannya. Setiap terminologinya perlu diketahui seprti technical terminology, type-faces, readability,
kerning, letterspacing, wordspacing, leading, alignment, grid, layout,
paragraphs, hubungan antara huruf dan imej dan lain-lain lagi.
Walaubagaimanapun,
pada hari ini dengan adanya computer, semua elemen-elemen dan terminology yang
berkaitan dengan taipografi telah dipermudahkan, diringkaskan sehingga pada
setiap perisian yang digunakan seperti word,
illustration, photoshop, indesign, flash dan sebagainya ada tertera
istilah-istilah yang digunapakai dalam taipografi (pop-up teks).
Hari ini
taipografi lebih mudah dikenali dan difahami dengan penggunaan elemen-elemen
seperti huruf, teks, font, gambar, warna atau hitam putih, tetapi ianya perlu
dilihat di sudut bagaimana ia berfungsi dan peranannya sebelum diaplikasi dalam
reka bentuk grafik, pembungkusan atau identity korporat, mahupun multimedia. Elemen-
elemen yang yang tidak boleh diketahui antaranya ialah anatomi, leading, kerning, pica, point, readability, dan
legibility. Tetapi sebenarnya ada
sesetengah elemen boleh diabaikan apabila ia dimanipulasikan atau di
aplikasikan ke atas kertas atau di skrin computer.
Menurut Squire
(2006), “typography is the mechanical
arrangement and organization of written words in such a way as to facilitate
communication of the content ”. Beliau menerangkan dimana konteks
komunikasi dalam menyampaikan maklumat dalam taipografi. Manakala Hassan (1999),
pula mendefinisikan taipografi sebagai seni memilih dan mengatur huruf.
Seterusnya tugasan
telah pun kami terima seperyi tajuk diatas. Kami perlu membuat taipografi
berdasarkan dengan kata-kata hikmah dari ‘quotes’ yang kami terima daripada pensyarah kami iaitu:
-
1.
“Every
human being is a designer” - Norman Potter
2. “It is better to offer no excuse
than a bad one” – George Washington
3. “Whether you think you can, or
you think you can’t – you’re right.” – Henry Ford
4. “It’s kind of fun to do the
impossible.” – Walt Disney
5. “Listen to many, speak to a
few.” - William Shakespeare
6. “Life is what happens to you
while you’re busy making other plans.” – John Lennon
7. “A painter should begin every
canvas with a wash of black, because all things in nature are dark except where
exposed by the light.” – Leonardo da Vinci
8. “A beautiful thing never gives
so much pain as does failing to hear and see it.” – Michelangelo
9. “If you don’t stand for
something you will fall for anything.” – Malcolm X
10. “I hate every minute of
training, but I said, ‘Don’t quit. Suffer now and live the rest of your life as
a champion.” – Muhammad Ali
11. “Education is the most powerful weapon which
you can use to change the world.” – Nelson Mandela
12. “A day without laughter is a day
wasted.” – Charlie Chaplin
![]() |
| contoh taipografi 1 |
![]() |
| contoh taipografi 2 |
![]() |
| contoh taipografi 3 |
![]() |
| contoh taipografi 4 |
![]() |
| contoh taipografi 5 |
![]() |
| contoh taipografi 6 |
Subscribe to:
Posts (Atom)






