Thursday, 31 May 2012

Risalah


Manusia yang pintar ialah manusia yang mengambil ikhtibar daripada sesuatu dilihatnya dan menerima nasihat yang didengarnya

 Assalamualaikum..

Tugasan yang terakhir dalam Studio Grafik computer  adalah untuk membuat risalah mengenai serangga. Tema serangga telah dipilih dan diundi oleh kami untuk dan kami perlu membuat risalah ini mengenai serangga yang hidup dan wujud di Malaysia. 

Contoh risalah :

contoh risalah (i)

contoh risalah (ii)

contoh risalah  (iii)

Wednesday, 9 May 2012

pembungkusan


Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikrikan apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri

Assalamualaikum…

Bagaimanakah cara pembungkusan dibuat? Apa yang perlu ada dalam setiap pembungkusan? Pembungkusan adalah sesuai digunakan untuk membungkus makanan, hadiah, cecair, ubat-ubatan, pameran dan plastic. Reka bentuk penmbungkusan selalunya perlu memasukkan perkara seperti logo, alamat syarikat, net weight, bar code, isi kandungan, logo halal, due date, motto, tema, nama produk, teks dan imej reka bentuk yang dipilih.

Selain daripada strategi pemasaran, branding dan iklan, di antara kriteria lain yang perlu diberi penekanan ke atas pembungkusan ialah: reka bentuk, reka letak yang tertumpu kepada perletakan taipografi (samada fon: 2D atau 3D dan saiz), permilihan dan kesesuaian warna dan grafik serta imej yang berkaitan dengan barangan produk.

"Packaging design will always need to satisfy a range of objectives, both practical and conceptual. Packaging share the same fundamental purpose, they are significantly different due to the character of their respective products. Both packages are designed to contain and protect, yet they very greatly texture, appearance, graphic, shape, cost and structure."(Edward Denison & Richard Cawthray)

Menurut Landa (1996), sesebuah bungkusan itu apabila di letakkan di atas ruang pameran untuk jualan dan ianya secara tidak langsungbersaing dengan jenama atau pembungkusan yang lain disebelahnya. Ianya perlulah menarik, dapat dikenali atau dilihat dengan jelas. Objektif utama yang perlu ada dalam mereka bentuk sesuatu pembungkusan antaranya:

v         = Tidak mengabaikan masalah dalam mereka bentuk kedua-dau jenis pembungkusan secara   2-Dimensi dan 3-Dimensi.
v        =  Mempertimbangkan maklumat yang perlu ada pada sesiap pembungkusan
v        =-    Mereka bentuk pembungkusan supaya ia nampak menarik
v        = Penggunaan warna yang menarik
v        = Kondinasi warna dan reka bentuk bersesuaian dengan tema dan isi kandungan bungkusan.
 
Tugasan seterusnya kami perlu membuat pembungkusan, dan soalannya seperti berikut:
IKS ialah singkatan kepada Industri Kecil dan Sederhana, IKS memainkan peranan yang amat besar terutamanya dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti. Satu kajian kes, sedang dijalankan oleh pihak IKS, untuk mereka bentuk satu pembungkusan makanan ringan yang terdiri daripada keropok atau kerepik, diperbuat daripada buah pisang, ubi-kayu, keledek, keladi, biji durian, buah nangka, melinja, udang kering, tepung  dan lain-lain (goreng sahaja).


contoh pembungkusan

contoh pembungkusan makanan



Monday, 23 April 2012

the awesome art of typography

Taipografi


Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani

Assalamualaikum…

Taipografi apakah itu? Taipografi boleh dilihat disekeliling kita seperti signature, tiket keretapi, bas, buku, masakan, laman web, bungkusan, iklan dan sebagainya. Sehinggakan apa saja yang kita guna dan lihat hamper semuanya terlibat dengan penggunaan taipografi.
Merujuk kepada Squire (2006) – “Getting It Right with Type” kita akan merasakan betapa banyaknya yang perlu dipelajari dan di ketahui dalam memahami dan mendalami apa yang dimaksudkan dengan perkataan taipografi dan penggunaannya. Setiap terminologinya perlu diketahui seprti technical terminology, type-faces, readability, kerning, letterspacing, wordspacing, leading, alignment, grid, layout, paragraphs, hubungan antara huruf dan imej dan lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun, pada hari ini dengan adanya computer, semua elemen-elemen dan terminology yang berkaitan dengan taipografi telah dipermudahkan, diringkaskan sehingga pada setiap perisian yang digunakan seperti word, illustration, photoshop, indesign, flash dan sebagainya ada tertera istilah-istilah yang digunapakai dalam taipografi (pop-up teks).

Hari ini taipografi lebih mudah dikenali dan difahami dengan penggunaan elemen-elemen seperti huruf, teks, font, gambar, warna atau hitam putih, tetapi ianya perlu dilihat di sudut bagaimana ia berfungsi dan peranannya sebelum diaplikasi dalam reka bentuk grafik, pembungkusan atau identity korporat, mahupun multimedia. Elemen- elemen yang yang tidak boleh diketahui antaranya ialah anatomi, leading, kerning, pica, point, readability, dan legibility. Tetapi sebenarnya ada sesetengah elemen boleh diabaikan apabila ia dimanipulasikan atau di aplikasikan ke atas kertas atau di skrin computer.

Menurut Squire (2006), “typography is the mechanical arrangement and organization of written words in such a way as to facilitate communication of the content ”. Beliau menerangkan dimana konteks komunikasi dalam menyampaikan maklumat dalam taipografi. Manakala Hassan (1999), pula mendefinisikan taipografi sebagai seni memilih dan mengatur huruf.

Seterusnya tugasan telah pun kami terima seperyi tajuk diatas. Kami perlu membuat taipografi berdasarkan dengan kata-kata hikmah dari quotes  yang kami terima daripada pensyarah kami iaitu:
  
   -
1.      “Every human being is a designer” - Norman Potter
2.      “It is better to offer no excuse than a bad one” – George Washington
3.      “Whether you think you can, or you think you can’t – you’re right.” – Henry Ford
4.      “It’s kind of fun to do the impossible.” – Walt Disney
5.      “Listen to many, speak to a few.” - William Shakespeare
6.      “Life is what happens to you while you’re busy making other plans.” – John Lennon
7.      “A painter should begin every canvas with a wash of black, because all things in nature are dark except where exposed by the light.” – Leonardo da Vinci
8.      “A beautiful thing never gives so much pain as does failing to hear and see it.” – Michelangelo
9.      “If you don’t stand for something you will fall for anything.” – Malcolm X
10.  “I hate every minute of training, but I said, ‘Don’t quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion.” – Muhammad Ali
11.   “Education is the most powerful weapon which you can use to change the world.” – Nelson Mandela
12.  “A day without laughter is a day wasted.” – Charlie Chaplin

contoh taipografi 1

contoh taipografi 2

contoh taipografi 3

contoh taipografi 4

contoh taipografi 5

contoh taipografi 6


Friday, 30 March 2012

photo studies


“perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan”

Assalamualaikum

Tugasan kedua sudah kami dapat dimana “photo-studies” dimana kami perlu mengambil gambar. Fotografi adalah salah satu media yang dapat membantu menyampaikan maklumat dalam hasil karya reka bentuk grafik. Imej yang difokuskan dalam tugasan kedua ini adalah merupakan suasana yang berlaku di pasar malam Tanjung Malim, Perak. Kami perlu mengambil sebanyak mungkin keadaan di pasar malam khususnya di tanjung malim.

Gambar yang kami ambil perlu dijadikan ia sebagai poster dimana untuk mempertontonkan barangan, pembeli, penjual, makanan, dan sebagainya. Pelbagai gambar telah kami ambil dalam pelbagai situasi dimana pelbagai emosi yang kami dapat di pasar malam tanjung malim. Berpusu-pusu yang datang untuk menjual, membeli barang-barang harian dan sebagainya.


penjual baju

penjual makanan ringan

penjual minuman

Thursday, 22 March 2012

buku rujukan

 Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi . Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. JZ 29 ayat 20, surat Al Ankabut

Assalamualaikum...

DR ridzuan ada mengesyorkan kepada kami untuk membeli buku rujukan. Salah satunya ialah buku rujukan hasil karya Dr Ridzuan sendiri di mana buku tersebut ialah buku  "KOLEKSI 2003 - 2011 BITMAP & VEKTOR TUGASAN REKA BENTUK GRAFIK". Buku ini ialah hasil karya pelajar senior kami yang terdahulu khususnya bagi subjek studio grafik design. Banyak karya-karya yang terbaik telah dibukukan dan di jadikan sebagai rujukan kepada kami untuk menghasilkan reka bentuk yang lebih menarik.

Apa yang kami dapat dalam buku ini banyak kata-kata hikmah atau semangat daripada pereka (designer) dari luar negara, cara buat packaging, typography dalam 2D atau 3D, storyboard dan macam-macam lagi.






bahagian depan
bahagian belakang

Saturday, 10 March 2012

Apa itu Grafik Design?

 "Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah" – Ali imran : ayat 159

Assalamualaikum...

Semester baru telah pun bermula pada pertengahan bulan februari dan semester ini kami perlu add subjek MSG 3023 Studio Grafik Komputer bagi Group A dengan En Ridzuan Hussin. Dalam subjek ini kami akan belajar perisisan-perisian seperti adobe photoshop, illustration, InDesign, Flash, tetapi hanya sesetengah perisian sahaja yang akan kami guna iaitu asas-asas bagi studio grafik.

Studio Grafik koputer ialah satu subjek di mana asas-asas bitmap, vektor, packaging, warna- warna asas seperti CYMK dan RGB. Gabunga daripada gmabar dan juma sedikit text untuk menyampaikan pesanan atau "message" dalam sesuatu perkara kepada pengguna seperti banting, poster dan sebagainya. Logo dan branding,  laman web, penerbitan (majalah, risalah, surat khabar, dan buku), iklan tv, dan produk pembungkusan adalah antara pengaplikasian reka bentuk grafik.

Proses dalam mereka bentuk sebenarnya tidak mudah seperti yang kita jangka di mana banyak proses-proses yang perlu kita lalui sebelum mencapai tahap yang kita inginkan untuk dipertontonkan kepada pengguna. Tidak ada istilah jalan singkat untuk kita mencapai sesuatu yang menarik dalam merekabentuk sesuatu reka bentuk.

Grafik adalah satu proses yang berterusan. Ianya melibatkan dan berkaitan terus dengan pengguna dan pereka bentuk (designer). Grafik kerap kali merujuk kepada suatu proses mereka bentuk dimana produk yang di hasilkan menjadi penyampai kepada mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna.Seperti yang kita tahu, format grafik yang kerap kita gunakan antaranya ialah TIFF, EPSF, JPEG, PSD, PDF, EPS dan banyak lagi.

Daripada pepatah Resnick (2003) beliau berpendapat dalam setiap tugasan atau produk yang hendak dihasilkan, proses mereka bentuk perlu melalui lima peringkat yang utama:

i)                    Define the problem and establish the objectives
ii)                  Do the research
iii)                Develop the ideas by brainstorming
iv)                Analyze ideas in terms of the project objectives
v)                  Implement the final

Melihat kepada penggunaan warna, suatu ketika dahulu warna yang digunakan agak terhad dan tidak begitu menyerlah dan tidak dititik beratkan. Warna yang pelbagai, samada CYMK, RGB, pantone color, menjadi begitu penting pada hari ini dan tidak akan dilupakan. Makna dan simboliknya warna yang digunapakai banyak member kesan kepada si pembaca atau sipengguna.

Color is a powerful nonverbal communication tool and can play an important role in the success of commercial projects. Colors can have strong negative or positive emotional impact” – Jen + Ken Visocky O’Grady

Tugasan pertama yang kami dapat ialah "SELF POTRAIT" dimana kami perlu mengambil gambar dan mempromosikan universiti kami iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di sini dapat kita simpulkan bagaimana untuk mempromosikan universiti dan kita sebagai "duta"nya untuk mempersembahkan UPSI kepada orang luar.


---> seronok walaupun idea agak kurang tapi idea untuk mempromosikan UPSI berbagai-bagai...agak ekstrim tapi tak dapat buat pilihan dengan tepat...pilihan yang terakhir dapat buat yang "Simple and Nice"  ^_^